KUALA LUMPUR: Kerugian bersih penyedia perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2023 (tahun kewangan 2023) berkurangan kepada RM3.20 bilion daripada RM9.05 bilion pada tahun kewangan 2022.
Pada suku keempat 2023, syarikat mengurangkan separuh kerugian bersihnya kepada RM3.30 bilion daripada RM6.77 bilion dan perolehan meningkat kepada RM1.22 bilion daripada RM426.60 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas.
Dalam kenyataan pada Khamis, Sapura Energy berkata keputusan tahun penuh pada tahun kewangan 2023 menunjukkan kemajuan yang ketara dalam usahanya untuk mendapatkan semula kestabilan operasi.
Menurut kumpulan itu, ia mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM705 juta, meningkat empat kali ganda berbanding kerugian operasi sebanyak RM2.2 bilion dicatatkan pada tahun kewangan 2022, dengan semua segmen perniagaan tidak termasuk korporat mencatatkan pendapatan positif sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dalam tempoh tersebut.
Sapura Energy mencatatkan jumlah EBITDA kumpulan sebanyak RM667 juta, sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen penggerudiannya yang mencapai EBITDA sebanyak RM476 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Anuar Taib berkata pasukan mencapai peningkatan operasi yang ketara dalam menghadapi cabaran yang besar pada tahun lepas.
"Bergantung kepada kerjasama yang dipercayai dan keupayaan yang baik, kami menemui cara untuk bertahan dan mengekalkan prestasi yang selamat dan mantap sekali gus menetapkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan kami.
"Penting untuk kami memulihkan akses Sapura Energy kepada saluran kredit untuk kekal berdaya saing dalam pasaran semasa dan sedang pesat membangun. Mengurangkan hutang kami yang tidak mampan akan membantu meningkatkan keupayaan kewangan," katanya.
Kumpulan itu turut berkongsi bahawa antara halangan utama yang dihadapinya termasuklah kekurangan modal kerja dan ketiadaan jaminan bank, berikutan penggantungan kemudahan modal kerja Sapura Energy pada Oktober 2021.
Langkah itu menyebabkan kumpulan terlepas peluang tender, dengan anggaran nilai sebanyak US$2.5 bilion (US$1=RM4.4170), katanya.
Sapura Energy berkata ia telah mengekalkan daya saingnya sebagai pemain global dengan cabaran ini dengan lebih 70 peratus daripada perolehan pada tahun kewangan 2023 adalah daripada kontrak antarabangsa, apabila ia menyelesaikan 45 projek untuk pelbagai pelanggan pada tahun tersebut.
"Kumpulan terus mendapat kontrak baharu, bernilai kira-kira RM3.7 bilion, menjadikan nilai perolehan kontrak semasa kepada RM5.6 bilion. Selain itu, nilai perolehan kontrak kasar bukan disatukan entiti usaha sama kumpulan berjumlah RM5.2 bilion.
"Kesemua 11 pelantarnya kini di bawah kontrak di Malaysia, Thailand, Brunei dan Afrika Barat," katanya.
Menurut kumpulan itu, dalam tempoh 12 bulan lepas, Sapura Energy telah mengambil langkah besar untuk menambah baik pelan penstrukturan semula hutangnya dan akan terus melaksanakan pelan penetapan semula untuk menangani hutang yang tidak mampan dan menyelesaikan tuntutan tertunggak oleh pemiutang perdagangan.
"Berdasarkan momentum positif yang dicapai pada tahun kewangan lepas, Sapura Energy menyasarkan untuk meneruskan pemulihan dalam operasinya kepada tahun kewangan 2024," kata Mohd Anuar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Sapura Energy berkata keputusan tahun penuh pada tahun kewangan 2023 menunjukkan kemajuan yang ketara dalam usahanya untuk mendapatkan semula kestabilan operasi. - Gambar Sapura Energy Berhad
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
Menteri Kesihatan mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.
Penswastaan MAHB cermin keyakinan pelabur asing
Keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan tawaran tinggi untuk baki saham MAHB yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Johor catat RM31 bilion fdi tahun lepas dipacu sektor perkhidmatan - Exco
Johor mencatatkan RM31 bilion pelaburan langsung asing (FDI) pada 2023 dengan sebahagian besarnya dipacu oleh sektor perkhidmatan.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Exco pelaburan, perdagangan, hal ehwal pengguna dan sumber manusia johor lee ting han berkata sektor perkhidmatan menyumbang RM21.56 bilion kepada FDI manakala sektor perkilangan sebanyak RM9.43 bilion.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus 2023
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya.
90 peratus pembayaran dibuat dalam Rubel dan Yuan
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, keputusan bersama untuk melaksanakan penyelesaian dalam mata wang negara itu adalah tepat pada masanya dan merangsang pengembangan perdagangan.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Polis buka kertas siasatan kes resit hina Islam
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.
Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.
Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah
Wan Mashitah Wan Abdullah Sani dan Datuk Nur Iskandar A Samad dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa hari ini.
Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion
Pada suku keempat 2023, syarikat mengurangkan separuh kerugian bersihnya kepada RM3.30 bilion daripada RM6.77 bilion.
Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.